Isnin, 6 April 2009

ASUHAN BENIH IKAN SIAKAP DIDALAM KOLAM


1.0 PENGENALAN
1.1 LATARBELAKANG

Jabatan Perikanan Malaysia kini sedang merancang untuk meningkatkan hasil pengeluaran ikan bagi mencukupkan keperluan ikan dalam negara yang sentiasa meningkat selaras dengan pertambahan bilangan penduduk dan minat pengguna terhadap ikan dan hasil-hasil keluarannya. Bidang akuakultur diyakini lebih berpotensi untuk diperkembangkan bagi memenuhi matlamat tersebut berbanding perikanan tangkapan yang kini sudah mencecah tahap penerokaan sumbernya secara mampan.

Secara khususnya, akuakultur air masin atau marikultur didapati lebih berdaya maju berdasarkan sumber-sumber perairan laut pantai yang masih belum dibangunkan dan sesuai untuk dijadikan tapak-tapak sangkar laut terbuka berteknologi tinggi. Setakat ini, ikan siakap (Lates calcarifer) telah dikenalpasti sebagai salah satu apesis utama untuk diternak di dalam sangkar-sangkar berkenaan justeru bekalan benihnya boleh didapati sepanjang tahun dan permintaan untuk ikan pasarannya yang meluas. Bagaimanapun, bilangan benih berukuran kira-kira 20 cm (8 inci) atau purata beratnya 100 g seekor yang dianggap paling sesuai untuk ternakan terus di dalam sangkar laut terbuka mungkin terhad kerana pengeluaran benih sebelum ini lebih tertumpu kepada benih-benih berukuran 7.5 – 10.0 cm sahaja.

1.2 OBJEKTIF

Panduan ini disediakan dengan tujuan untuk membantu para penternak kolam khususnya mereka yang baru menceburi bidang asuhan benih siakap dalam kolam. Maklumat-maklumat ringkas tetapi padat yang terkandung di dalamnya dijangka dapat menyediakan asas-asas pengurusan ternakan yang diperlukan untuk membolehkan mereka memulakan kerja-kerja asuhan benih-benih siakap 2.5 cm hingga mencapai saiz purata 20.0 cm.

2.0 CIRI-CIRI KOLAM ASUHAN

2.1 Pemilihan Tapak
· Lokasinya mesti terlindung dariu bencana alam khususnya banjir dan mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalanraya, bekalan elektrik dan sebagainya.
· Berdekatan dengan sumber air yang bermutu, mencukupi dan bebas dari pencemaran atau pengaruh air tawar yang mendadak.
· Tanah yang sesuai iaitu tidak mengandungi bahan logam yang tinggi dan mampumenakung air untuk mengurangkan kos pembinaan dan pengurusannya.

2.2 Pembinaan Kolam
· Bentuk dan saiz kolam mungkin berbeza mengikut kegunaannya. Bentuk empat segi bujur dengan anggaran keluasan antara 0.05 – 0.02 ha (500 – 2000 m2) serta 0.5 – 1.5 m
dalam lazim digunakan. Bagaimanapun, untuk memudahkan pengendalian, saiz kolam antara 500 – 700 m2 adalah disyorkan.
· Kolam mesti boleh dikeringkan sepenuhnya dan seelok-eloknya mempunyai dasar yang mencerun sedkit ke arah pintu air keluar.
· Saluran air masuk (daripada atas) berada pada keadaan bertentangan dengan saluran air keluar (daripada bawah) untuk memastikan pengurusan air yang sempurna.
· Jaring penapis yang bersesuaian perlu dipasang pada saluran air masuk dan keluar untuk menghalang pemangsa-pemangsa dan benih-benih memasuki / keluar kolam.
· Batas-batas kolam mestilah cukup tinggi untuk mengatasi masalah banjir dan cukup
lebar untuk laluan kenderaan yang digunakan (jika perlu)

Kolam dengan dasarnya yang berpasir adalah yang terbaik untuk asuhan benih siakap.
· Sebuah kolam takungan air laut yang besar dan dalam diperlukan jika sumber airnya bergantung pada pasang surut air laut bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi.
· Jumlah minima kolam yang diperlukan untuk asuhan benih siakap selepas pengkelasan saiz pertama ialah 3 bulan iaitu untuk 3 kategori saiz benih (besar, sedang dan kecil) yang berbeza. Jika tidak, hapa-hapa yang mencukupi perlulah disediakan.

2.3 Mutu air

· Bekalan air laut / payau yang mencukupi dan bermutu adalah penting dalam ternakan ikan siakap memandangkan faktor ini mempengaruhi secara langsung tumbesaran dan kadar hidup atau kemandirian benih.
· Bekalan air boleh disedut terus dari sumbernya atau disalurkan ke kolam-kolam takungan samada untuk dimendakkan jika kadar kekeruhannya tinggi atau untuk memastikannya bekalan mencukupi sepanjang masa.
· Air kolam asuhan perlu ditambah setiap hari atau seberapa kerap yang boleh bagi menggantikan air yang hilang melalui sejatan dan pengwapan di samping untuk mengelakkan warna air sepanjang masa supaya tidak terlalu gelap atau jernih.
· Mutu air juga perlu diperiksa dari masa kesemasa untuk memastikan pHnya berada di antar 7.0 – 8.5 dan kelarutan oksigen diantara 5 -6 ppm.
Parameter-parameter mutu air yang sesuai untuk asuhan siakap adalah seperti berikut;
Parameter Julat Optimum Julat Sesuai
pH 7.5 – 8.5 6.5 – 8.8
Oksigen terlarut 4.0 – 9.0 ppm >2 ppm
Saliniti 10 – 30 ppt 0 – 35 ppt
Suhu 28 - 30 oC 25 – 32 oC
NH3 <>6.0 1.0 1.0 tidak perlu

· Dasar kolam yang dikapor hendaklah didedahkan kepada cahaya matahari selama 3-5 hari bergantung kepada cuaca
· Setelah kering, pembajaan dilakukan untuk menambahkan lagi kesuburan dan meningkatkan pertumbuhan zooplankton yang merupakan makanan utama benih ikan di peringkat awal perkembangannya.
· Kedalaman air kolam semasa pembajaan ialah kira-kira ¾ penuh. Baja diletakkan di dalam beg plastik yang berlubang-lubang atau guni dimasukkan dengan cara merendamkannya dibawah permukaan air kolam pada beberapa tempat di seluruh kolam.
· Baja yang biasa digunakan adalah tahi ayam ataupun baja TSP dan kadarnya bergantung kepada produktiviti primer kolam berkenaan. Kadar yang lazim digunakan ialah 114-228 kg/ha untuk baja tahi ayam dan 30-50 kg/ha untuk baja TSP.
· Kolam yang telah dibaja dibiarkan selama 3 atau 4 hari hingga plankton kelihatan membiak dengan banyak.
· Warna hijau muda menunjukkan air kolam telah subur dan pada masa inilah benih ikan mula dilepaskan.

4.0 PENGURUSAN ASUHAN

4.1 Kadar Pelepasan Benih (Kepadatan)
· Benih ikan yang berukuran lebih kurang 2.5 cm (0.2 -0.3 g berat badan) serta cukup sihat adalah sesuai dimasukkan ke dalam kolam asuhan. Benih-benih yang sihat lazimnya mempunyai warna putih keperakkan, aktif dan tidak mempunyai tanda-tanda luka.
· Kadar pelepasan dan kepadatan benih mesti mengambilkira keluasan kolam, kedalaman air dan saiz benih itu sendiri. Kepadatan yang melebihi tahap optimanya akan menyebabkan ikan menghadapi tekanan dan seterusnya akan mengurangkan daya ketahanan terhadap penyakit serta lambat membesar.
· Kepadatan yang disyorkan bagi setiap peringkat tumbesaran benih adalah seperti berikut

Umur (hari) Saiz (cm) berat (g) Kadar (ekor/1000 m2)
50 2.5 0.2 30,000
65 5.0 3.0 20,000
80 10.0 10.0 15,000
95 15.0 50.0 10,000
110 20.0 100.0 9,000 (pungut)

· Pelepasan benih ikan perlu dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang semasa suhu air tidak terlalu tinggi.
· Benih-benih ikan perlu dipindahkan secara berhati-hati dengan mengapungkan beg plastik yang berisi benih di permukaan air kolam selama lebih kurang 20 minit atau sehingga suhu air di dalam beg dan kolam menjadi hampir sama.
· Proses ini dianggap perlu kerana benih ikan amat sesitif terhadap perubahan suhu air. Perubahan yang mendadak akan menyebabkan kematian yang tinggi.
· Tempoh asuhan benih dari 2.5 cm ke 20.0 cm biasanya memakan masa selama lebih kurang 6-8 minggu.
· Kadar hidupnya bergantung kepada keadaan persekitaran dan pengurusan kolam ternakan. Cuaca buruk dan pemangsaan yang tinggi menyebabkan kadar hidup yang rendah.
· Kebiasaannya kadar hidup di dalam kolam asuhan yang mencapai paras 50% atau leih dianggap lumayan.


4.2 Makanan dan Pemakanan

· Makanan adalah antara faktor terpenting dalam pengurusan kolam ternakan.
· Benih-benih ikan perlu diberi makan 4 kali sehari dari pagi hingga petang sehingga kenyang atau ad libitum (sehingga ikan kenyang atau berhenti makan).
· Teknik pemberian makanan adalah penting bagi memastikan pengambilan makanan yang sempurna oleh ikan. Pemberian makanan yang lebih kerap dengan kuantiti yang sama adalah digalakkan untuk memberi peluan kepada setiap individu ikan mendapatkan makanan tersebut.
· Jenis makanan yang sesuai adalah pelet terapung yang mengandungi 40 -45% protein sesuai dengan tabiat ikan siakap yang suka mengambil makanan di ruang air dan juga makanan yang terapung di permukaan.
· Kadar atau junlah makanan yang harus diberi juga perlu diberi perhatian. Makanan yang diberi secara berlebihan akan mengakibatkan perbezaan saiz yang besar di antara ikan pada waktu di tangkap. Selain daripada itu, ia juga suatu pembaziran serta akan menyebabkan pencemaran air kolam dan seterusnya mengakibatkankematian. Sebaliknya, penentuan kadar yang tepat akan memberi kesan positif terhadap tunbesaran dab peratus hidup ikan ternakan.
· Kadar pemberian makanan adalah bergantung kepada jumlah berat ikan yang terdapat di dalam sesuatu kolam.
· Perhubungan di anatra berat ikan dan kadar pemberian makanan diringkaskan seperti berikut:-

Saiz ikan (g) Makanan (% berat badan)


Contoh pengiraan bahan kimia iaitu Dipterex (100 % bahan aktif ) yang diperlukan untuk merawat sebuah kolam berukuran 220 m panjang,. 150 m lebar dan airnya sedalam1.2 m dengan kepekatan yang disyorkan 0.3 ppm bagi mengawal serangan caligus sp. adalah seperti berikut:-


Keluasan Kolam = Panjang x lebar
= 220 m x 150 m
= 33,000 m

Isipadu Air Kolam = Luas Kolam x Kedalaman Airnya
= 33,000 m 2 x 1.2 m
= 39,600 m 3

Dos Diptrerex yang dicadangkan ialah 0.3 ppm (bersamaan 0.3 g bagi setiap 1 m3
air kolam)

Jadi, jumlah Dipterex = Isipadu Air Kolam (m3) x Dos Yang Dicadangkan
= 39,600 m3 x 0.3 g/m3
= 11,880 g
= 11.9 kg

4.5 Pembungkusan dan Pengangkutan Benih

Benih-benih yang telah ditangkap dan digredkan hendaklah disimpan selama 1-2 hari di dalam hapa berukuran 3 cm x 6 m x 1.5 m yang dipasang dalam kolam bagi memulihkannya dari tekanan pengendalian.

Sebelum pembungkusan adalah dicadangkan supaya dijalankan rawatan secara rendaman selama lebih kurang 5 hingga 10 minit di dalam 50 ppm acriflavin atau 5 ppm kuprum sulfat.

Benih-benih ikan yang di simpan di dalam hapa tidak perlu diberi makan.

Bilangan benih dalam setiap beg plastik bergantung kepada saiz benih dan beg yang digunakan, suhu air dan jangkamasa pengangkutan. Berikut adalah bilangan benih yang disyorkan (saiz beg plastik: 3000 cm 3; suhu 25 C dan 18 jam perjalanan):-

Saiz panjang ( cm) Bilangan benih
2.5 cm 500
5.0 cm 100
10.0 cm 50
20.0 cm 20

Biasanya beg plastik berukuran 40 x 60 cm persegi dan ketebalan 0.08 cm di dapati sesuai digunakan untuk mengangkut benih-benih siakap.

Sepertiga bahagian (lebih kurang 7 liter) beg plastik perlu diisi dengan ait laut yang bersih ( yang telah diturunkan suhunya kepada 2525 C ) manakala dua pertiga bahagian lagi (lebih kurang 10 – 12 liter) dimasukkan gas oksigen.

Hujung plastik berlakunya kebocoran dan menghalang oksigen dan keluar.

Bagi mengelakkan berlakunya kebocoran dan menghalang oksigen dan keluar.

Bagi mengekalkan suhu air semasa dalam perjalanan, beg plastik hendaklah dimasukkan ke dalam kota styrofoam. Sedikit ketulan ais yang dibungkus dengan akbar lama boleh dimasukkan ke dalam kotak kebenaan dengan tujuan untuk merendahkan suhu air menjadi antara 18 – 20 C.

Suhu yang rendah ini dapat membantu merendahkan kadar metabolisma ikan dan seterusnya dapat mengurangkan kematian.

Pengangkutan benih untuk perjalan jauh sesuai dibuat pada waktu malam dan tiba di destinasinya pada waktu pagi.


5.0 ANGGARAN PENDAPATAN

Perkiraan dibuat berdasarkan operasi asuhan 30,000 ekor benih siakap 2.5 cm sehingga 20.0.cm. (100 g) dalam tempoh 45 – 60 hari bagi setiap pusingan . Bilangan kolam yang diperlukan sekurang-kurang nya 2 buah @ 0.1 hektar. Bilangan kolam lebih banyak adalah lebih baik untuk meneruskan asuhan bagi benih-benih yang berlainan saiz. Sejumlah hapa diperlukan sekiranya bilangan kolam tidak mencukupi khususnya untuk menempatkan benih-benih yang terlalu besar dan yang terlalu kecil yang mana bilangannya tidak mencukupi untuk diasuh di dalam kolam-kolam yang berasingan. Setiap kolam boleh digunakan sebanyak 3 – 4 kali setahun kerana setiap pusingan asuhan mengambil masa kira-kira 3 bulan termasuk masa untuk penyediaan kolam.

A. Kos Modal

Pembinaan Kolam ( 2 buah) 6,000.00
Jaring 1,500.00
Kelengkapan Lain 5,000.00
Kos Luar Jangka 1,000.00
----------
Jumlah 13,500.00

B Kos Operasi

Benih ( 30,000 x 1 Kolam) x 20 sen 6,000.00
Makanan (FCR 1.6:1) @ 3.50/kg 6,020.00
Baja 50.00
Kapur 100.00
Pekerja 1 orang x RM 400.00 x 3 1,200.00
Lain-lain 1,000.00
Kos/pusingan 14,370.00


Kos setahun ( x 4 ) 57,480.00

C Hasil

Bilangan ikan dihasilkan 10,750.ekor
(100 g/ekor) iaitu berdasarkan
70%, 80%, 80 % & 80 % kadar hidup
pada setiap kali penggredan.
Pendapatan Kasar/pusingan
(harga benih Rm 2.00/ekor
4 pusingan setahun
Pendapatan Kasar/ tahun

D Keuntungan
-----------
Hasil bersih/tahun ( C-B) 22,170.00
=======

11 ulasan:

  1. Tuan,
    Tuan ada bekal benih siakap kah?

    BalasPadam
  2. saya tggal di kawasan bekas lombong.luas juga lombang dekat rumah saya.saya org perak tgh.saya berminat untuk menternak ikan siakap air tawar dalam sangkar.boleh ke tuan guide saya dalam hal ini.modal yg saya fikir mampu adalah 200k.keluasan kolam adalah 40 ekar.saya perlukan kertas kerja dan segala input yang perlu disediakan.kerjasama anda adalah diharapkan.tq.boleh call saya 0192361963 habib.

    BalasPadam
  3. Asaalam. Cik sya nak bertanya mampu tak ikan siakap hidup dalam kolam tanah? Mta pencerahan tuk kepastian.. sebab saya bminat dan sekiranya boleh saya akan buka satu kolam tanah dan lepaskan benih siakap. Air sya gunakan air bukit/mata air tawar..

    BalasPadam
  4. hii ahkott...ikan siakap yang telah diturunkan kemasin hingga ke 0 ppt boleh diternak di dalam air tawar...kaedah ternakan ikan marin mengambil masa yang lama bergantung pada saiz anak ikan yang dilepaskan dapat sistem ternakan anda biasanya 6 - 10 bulan untuk mencapai saiz 800g/pcs..oleh itu...ikan ini juga memerlukan proses untuk pengreddan kerana saiz ikan yang lebih besar akan mendominasi kolam tersebut dan sewaktu proses pemberian makanan. Jika hal ini dibiarkan berlarutan, hasil ikan sewaktu tuaian mempunyai pelbagai saiz yang menyukarkan penentuan harga.Masalah yang timbul jika diternak di dalam kolam yang besar adalah sewaktu melakukan proses pengreddan tersebut. Oleh itu penentuan saiz kolam adalah penting.

    BalasPadam
  5. Info yg baik.. beruntungnya org yg duduk dekat ngan air masin dan payau. Tak susah2 mcm saya. Hehe.. kolam tanah kedalaman 4meter sesuai tak utk siakap.? Saya nak buat tuk cubaan Pertama.. mgkin bro ble bagi petua2 yg ble diketengahkan.

    BalasPadam
  6. Tuan..
    Sy nk bertanya pasal makanan ikan siakap.sy ada kedai menjual makanan ikan.brand yg sy jual skrg starfeed dan seamaster..
    sy nk expolore lg lain2 brand.

    BalasPadam
  7. Tuan
    Saya mau tanya kalau ikan ada masalah penyakit biasa mau guna ubat apa ye.. Terima kasih

    BalasPadam
  8. Saya mau beli 1000 benih siakp.dan makanan untuk 1 bulan.berapa harga.bagaimana hantaran.atau ambil sendiri.bolih hubongi saya ismail 0166407891

    BalasPadam
  9. Saya ingin beli nomber telifon saya 0194783552 nama saya hassan

    BalasPadam